Tuesday 29 January 2013

Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2012


Ucapan tahniah kepada 'Muhammad Syaheed bin Ismail' kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang (5A) dalam peperiksaan UPSR 2012.
Dengan harapan kejayaan ini akan berulang kembali menjelang tahun 2013.


Friday 25 January 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434 / 2013 telah diadakan pada 25hb Januari 2013 bertempat di Dewan Bestari SK Kg Baharu Redang Ponggor.
Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Kg Baharu Redang Ponggor, En. Abd Aziz bin Abd Wahab dan dipengerusikan oleh Ust Mohd Rassidi bin Saini.


Antara acara / pertandingan yang dijalankan pada hari tersebut ialah:

1. Ceramah Maulidur Rasul oleh : Ust Ismail bin Idris
2. Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah & Murid Tahap 1)
3. Kuiz Maulidur Rasul (Murid Tahap 2)
4. Kuiz Spontan sempena ceramah Maulidur Rasul (Murid Tahap 1 & 2)
5. Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang

Wednesday 23 January 2013

Majlis Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan 2013 & Taklimat Sarana

Majlis Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan 2013 & Taklimat Sarana

Majlis telah diadakan pada 23 Januari 2013 bersamaan hari Rabu. Masa diadakan iaitu jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Bestari SK Kg Baharu Redang Ponggor.

Sebelum Majlis Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan dilaksanakan, taklimat berkaitan 'Sarana' telah diberikan kepada ibu bapa / penjaga oleh En. Mohamed Puad bin Ahmad Zaini (Guru Kanan Pentadbiran), SK Kg Baharu Redang Ponggor.

Jemputan tetamu kehormat bagi penyampaian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan (ADUN Air Kuning).
Powered By Blogger